GAZA CAPAI PERSETUJUAN GENCATAN SENJATA DENGAN ISRAEL
Israel sebelum ini mengesahkan bahawa gencatan senjata dengan perantaraan Mesir itu akan berkuat kuasa pada 11.30 malam waktu tempatan (2030 GMT), sekali gus menamatkan serangan udara Israel dan serangan roket Palestin, lapor Xinhua.
GAZA: Jihad Islam Palestin (PIJ) yang aktif di Semenanjung Gaza mengumumkan petang Ahad bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan gencatan senjata dengan Israel.
Israel sebelum ini mengesahkan bahawa gencatan senjata dengan perantaraan Mesir itu akan berkuat kuasa pada 11.30 malam waktu tempatan (2030 GMT), sekali gus menamatkan serangan udara Israel dan serangan roket Palestin, lapor Xinhua.
Perjanjian gencatan senjata itu termasuk tindakan susulan Mesir untuk memastikan pembebasan tahanan Palestin iaitu Bassam al-Saadi, seorang pemimpin kanan PIJ yang ditangkap di sebuah kediaman di Tebing Barat minggu lalu, dan Khalil Awawda, yang kesihatannya semakin merosot selepas berbulan-bulan melancarkan mogok lapar, kata ketua jabatan politik PIJ, Mohammad al-Hindi.
Perjanjian itu juga termasuk melonggarkan sekatan yang dikenakan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007 dan membekalkan bahan api ke stesen janakuasa yang hentikan operasi baru-baru ini yang memberi kesan terhadap sistem kesihatan.
Dalam kenyataan media, pengantara Mesir berkata mereka telah meningkatkan hubungan dengan semua pihak untuk membendung peningkatan konflik, menyeru “gencatan senjata yang menyeluruh dan bersama” dan akan “berusaha membebaskan Awawda agar mendapat rawatan sewajarnya, serta berusaha membebaskan Saadi secepat mungkin”.
Sementara itu, kedua-dua pihak yang bertelagah berkata mereka berhak untuk menggunakan kekerasan walaupun selepas gencatan senjata.
PIJ dalam satu kenyataan mengalu-alukan gencatan senjata itu tetapi menegaskan bahawa “kami akan mempertahankan hak kami untuk bertindak balas terhadap sebarang pencerobohan Zionis”.
Sementara itu, Ketua Direktorat Diplomasi Awam Kebangsaan Israel, Lior Hayat berkata “jika gencatan senjata dilanggar, Israel berhak untuk bertindak balas”.
Sekurang-kurangnya 44 rakyat Palestin, termasuk 15 kanak-kanak terbunuh, manakala 360 cedera sejak Israel memulakan serangan di Semenanjung Gaza pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan kementerian kesihatan Palestin di Gaza lewat Ahad.
Mangsa yang terkorban termasuk dua komander tertinggi PIJ, yang terbunuh dalam dua serangan udara berasingan di bandar Gaza dan bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Laporan media Israel memaklumkan sekurang-kurangnya lapan rakyat Israel cedera akibat serangan roket yang dilancarkan PIJ ke selatan dan tengah Israel.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests