RM155 BILION SIMPANAN AHLI KWSP DIKELUARKAN SEJAK PANDEMIK
Ia terdiri daripada RM145 bilion amaun yang dikeluarkan oleh ahli di bawah keempat-empat program pengeluaran dan hampir RM10 bilion impak daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM155 bilion simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dikeluarkan menerusi pelaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia terdiri daripada RM145 bilion amaun yang dikeluarkan oleh ahli di bawah keempat-empat program pengeluaran dan hampir RM10 bilion impak daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.
“Tahap simpanan ahli KWSP adalah rendah dan sangat membimbangkan terutamanya setelah perlaksanaan empat fasiliti pengeluaran berkaitan COVID-19 iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas; dan pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Razali Idris mengenai langkah untuk menyelamatkan ahli pencarum KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
Mohd Shahar berkata setakat 30 Jun 2022, seramai 6.62 juta ahli atau 52 peratus daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
Daripada bilangan tersebut, 4.99 juta ahli atau 75 peratus adalah ahli bumiputera.
“Pada masa yang sama, terdapat seramai 3.2 juta ahli berumur di bawah 55 tahun yang berada pada tahap simpanan yang amat kritikal iaitu kurang daripada RM1,000 iaitu 2.58 juta ahli atau 81 peratus daripada mereka adalah ahli bumiputera,” katanya.
Tambah Mohd Shahar sebagai perbandingan relatif, jumlah ahli bumiputera iaitu seramai 8.22 juta orang adalah merupakan 64 peratus daripada 12.78 juta keseluruhan ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.
“Ini menunjukkan kebanyakan ahli bumiputera adalah tertumpu dalam kalangan ahli yang mempunyai tahap simpanan KWSP yang rendah berbanding kaum-kaum lain,” katanya.
Dalam usaha untuk membantu ahli menambah dan membina kembali simpanan persaraan mereka, KWSP menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke dalam KWSP.
Mohd Shahar berkata bagi membantu ahli menambah simpanan persaraan mereka, KWSP menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum ke dalam KWSP.
“Bagi ahli yang bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh memilih untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer pekerja iaitu 11 peratus pada bila-bila masa.
“Selain itu, mereka juga boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa tertakluk kepada amaun maksimum RM60,000 setahun,” katanya.
Sementara itu, bagi ahli yang bekerja sendiri, tiada pendapatan tetap atau di luar tenaga buruh seperti pelajar dan suri rumah yang berumur di bawah 60 tahun turut boleh memilih untuk mencarum secara sukarela pada bila-bila masa mengikut kemampuan di bawah Program i-Saraan sehingga RM60,000 setahun.
Bagi Ketua Isi Rumah (KIR) atau isteri kepada KIR yang berumur di bawah 55 tahun dan berdaftar di bawah pangkalan data eKasih, mereka turut boleh mencarum secara sukarela di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Program i-Suri) yang diperkenalkan bagi menggalakkan wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah untuk menyimpan demi hari tua mereka.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.