GAZA: HANYA 986 TRAK BANTUAN MASUK SEJAK GENCATAN SENJATA, KURANG DARIPADA JUMLAH DIPERSETUJUI
Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa hanya 986 trak membawa bantuan kemanusiaan berjaya memasuki Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa, jauh lebih rendah daripada jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).
ISTANBUL: Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa hanya 986 trak membawa bantuan kemanusiaan berjaya memasuki Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata berkuat kuasa, jauh lebih rendah daripada jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut pejabat itu, sebanyak 6,600 trak sepatutnya memasuki Gaza menjelang malam Isnin.
Purata trak bantuan yang memasuki Gaza sejak gencatan senjata dikuatkuasakan tidak melebihi 89 sehari daripada 600 lori yang dijanjikan setiap hari, menurut kenyataan berkenaan.
“Keadaan ini mencerminkan kesinambungan dasar pendudukan Israel yang menekan dan menzalimi rakyat melalui sekatan, kelaparan dan pemerasan kemanusiaan terhadap lebih 2.4 juta penduduk Gaza,” menurut kenyataan itu.
Setakat ini, hanya 14 trak membawa gas memasak dan 28 lori membawa bahan api solar dibenarkan masuk bagi operasi kedai roti, hospital, penjana kuasa serta perkhidmatan penting lain.
Kerajaan Gaza menegaskan bahawa jumlah itu masih jauh daripada keperluan sebenar penduduk yang “amat memerlukan kemasukan segera dan berterusan sekurang-kurangnya 600 trak bantuan setiap hari, merangkumi bekalan makanan, perubatan, bahan bantuan, bahan api operasi dan gas memasak bagi menjamin keperluan asas hidup yang bermaruah.”
Perjanjian gencatan senjata itu berkuat kuasa pada 10 Okt berdasarkan pelan berperingkat yang dikemukakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Fasa pertamanya melibatkan pembebasan tawanan Israel sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin.
Pelan itu turut merangkumi usaha membangunkan semula Gaza dan penubuhan mekanisme pentadbiran baharu tanpa penglibatan Hamas.
Sejak Oktober 2023, perang genosid Israel mengorbankan lebih 68,200 orang dan mencederakan lebih 170,200 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager