KUALA LUMPUR: Filem Geran yang mengangkat seni silat ke layar perak terbitan Layar Pictures dan Tree of Hopes Production dijulang sebagai penerima Anugerah Daniel A. Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19 di atas kecemerlangannya dalam filem aksi.
Lapor EasterKick.com, kemenangan itu meletakkan pengarah filem Geran, Areel Abu Bakar setaraf dengan nama-nama seperti Dante Lam (Operation Red Sea), Yue Song (The Bodyguard) dan Jung Byung-gil (The Villaines) yang memenangi anugerah kecemerlangan filem aksi itu sebelum ini.
Filem aksi yang sarat dengan falsafah Islamik mengisahkan tentang keluarga pesilat yang mempertahankan geran tanah pusaka mereka itu menampilkan Namron, Khoharullah Majid, Feina Tajuddin, Fad Anuar, Azlan Komeng (koreografer aksi silat) dan Megat Shahrizal sebagai pelakon.
Areel ketika dihubungi Alhijrah Online memaklumkan beliau tidak menyangka menerima penghargaan itu kerana Geran merupakan filem pertama terbitannya.
“Saya terkejut dan tidak menyangka filem itu sampai ke tahap macam itu sebab ini filem pertama saya.
“Bila terima penghargaan sebegini saya begitu terkejut. Saya harap lepas ini kita boleh buat yang lebih baik,” katanya.
Tambah Areel kemenangan Geran bukti filem tempatan boleh mendapat kejayaan di pentas lebih besar seperti Anugerah Oscar jika diberikan sokongan dan galakan oleh pelbagai pihak.
Areel dalam pada itu memberikan penghargaan kepada TV Alhijrah kerana sudi membantu mempromosikan filem Geran.
Stesen televisyen Islam itu juga katanya sudah tiga kali menayangkan Geran khas buat penonton setianya.
“TV Alhijrah ini satu stesen dan satu media yang prihatin kepada filem Geran. TV Alhijrah panggil untuk forum dan program bual bicara Assalamualaikum.
“Saya sangat berterima kasih sebab ketika itu saya tiada dana yang mencukupi untuk melakukan promosi. TV Alhijrah banyak membantu menguar-uarkan filem geran dan stesen TV ini menjadi satu-satunya yang saya beri kebenaran untuk tayangkan filem Geran,” katanya.
Kejayaan Geran turut mendapat perhatian dan penghargaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
“Syabas dan tahniah kepada pengarah tempatan Areel dan seluruh kru produksi yang terlibat di depan lensa kamera dan di belakang tabir.
“Pencapaian yang membanggakan ini mencerminkan keupayaan dan aspirasi industri perfileman negara ke arah ‘Road to Oscars’, seiring dengan rangka kerja dan hala tuju FINAS dalam memastikan sasaran ini menjadi satu realiti dalam tempoh jangka masa yang panjang,” kata Saifuddin dalam kenyataan rasminya hari ini.
Selain paparan aksi, Geran yang ditayangkan di pawagam pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei banyak menyelitkan falsafah, mutiara kata dan pengajaran tentang hidup dalam caranya tersendiri. — AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager