KUALA LUMPUR: Pada 1 Muharam 1442H bersamaan 20 Ogos 2020, genap 10 tahun penubuhan stesen televisyen Islam utama negara, TV Alhijrah.
Sejak awal penubuhannya, peranan stesen televisyen patuh syariah pertama di negara ini adalah untuk memaparkan kandungan Islam yang pelbagai untuk menjadi sumber rujukan umat Islam dari dalam dan luar negara.
Sedekad TV Alhijrah melangkah dalam industri penyiaran negara yang mencabar, ia tidak pernah gentar untuk menyediakan kandungan berteraskan Islam, malah setiap tahun pelbagai program baharu diperkenalkan dan mendapat tempat di hati penonton.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris, selepas sedekah melangkah, TV Alhijrah telah berjaya memainkan peranan sebagai medium penyebaran dakwah melalui kaca TV.
“Kita berjaya menyampaikan apa yang kita ingin sampaikan kepada Muslim, tetapi kita masih jauh menyampaikan apa yang kita perlu sampaikan kepada bukan Muslim.
“Saya rasa perjuangan 10 tahun mendatang sangat penting. 10 tahun yang kedua ini perlunya kita membawa kefahaman islam ini sangat inklusif bukan eksklusif. Kita tumpukan perhatian kepada masyarakat bukan Islam dan tidak mengabaikan mereka,” katanya kepada AlHijrah Online dalam satu wawancara eksklusif sempena ulang tahun kesepuluh TV Alhijrah.
Menurut Namanzee, pihaknya komited untuk terus memperkayakan penawaran kandungan Islam dan sesuai ditonton pelbagai generasi agar impian untuk menjadikan ajaran Islam sebagai cara hidup dalam setiap lapisan masyarakat akan tercapai.
“Kita bukan hanya akan ada pengisian ilmu berlandaskan Al-Quran, kita ada drama patuh syariah, hiburan berlandaskan dakwah, dokumentari Islam, serta pelbagai program bercirikan gaya hidup Islam yang akan diterbitkan TV Alhijrah,” katanya.
Tegas Namanzee, jika dibandingkan dengan stesen televisyen Islam di negara lain, saluran media Islam di negara ini yang benar-benar menekankan Islam sebagai cara hidup.
Sementara itu, mengulas cabaran organisasi media, khususya bagi platform TV masa kini, Namanzee berkata perkembangan media digital sedang diberikan perhatian oleh TV Alhijrah.
Jelasnya, ia amat penting kerana penglibatan TV Alhijrah dalam media baharu amat penting untuk mencapai jumlah penonton yang lebih luas selain memberi manfaat kepada lebih ramai penonton dari pelbagai lapisan umur.
“Kita perlu bersedia kepada kedua-dua kaedah (media tradisional dan digital) dan membuat penilaian terutama dari sudut masyarakat dan infrastruktur,” katanya.
Namanzee turut tidak ketinggalan, menzahirkan penghargaan tertinggi buat rakyat Malaysia untuk terus menyokong dan menonton TV Alhijrah.
“Kita akui penonton kini ada banyak pilihan. Namun saya mengharapkan sekurang-kurangnya penonton meluangkan masa sekali sehari untuk melihat program yang disediakan TV Alhijrah,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada penonton setia TV Alhijrah yang sentiasa menyokong, dan sama-sama membangunkan TV Alhijrah sebagai salah satu platform dakwah, ilmu dan hiburan selain berterima kasih kepada para kakitangan yang tidak kenal erti jemu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests