SEPANG: Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat.
Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata pada ketika ini kesemuanya ditahan di atas kapal masing-masing.
“SNCC mengesahkan bahawa pihak tentera rejim Israel telah mengarahkan kapal menukar laluan dari Gaza mengikut arahan radio ke lokasi yang belum disahkan.
“… kami yakin semua delegasi kita diperlakukan dengan baik kerana apa saja maklumat yang kita terima adalah maklumat langsung daripada delegasi Malaysia di atas kapal dan juga delegasi bukan Malaysia yang kita hubungi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata setakat 10.44 pagi (waktu Malaysia) sejumlah 14 daripada 44 kapal flotila telah dipintas dan 201 daripada 497 orang peserta, termasuk 12 rakyat Malaysia dipercayai ditahan.
Rakyat Malaysia yang disahkan ditahan, katanya ialah Muhammad Haikal Abdullah, Muhammad Muaz Zainal Abiddin, Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan Mohd Rusydi Ramli yang berada di kapal Sirius; Ahmad Musa Alnuwayri Kamaruzaman, IIylia Balqis Suhaimi dan Sul Aidil Sudi (Alma) serta Nur Fazelah Mad Tahil atau Zizi Kirana (Huga).
Selain itu, Danish Nazran Murad dan Nurfarahin Romli atau Farah Lee (Grande Blu) serta Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah (Hio).
Kapal lain yang turut dipintas iaitu kapal Adara, Spectre, Deir Yassin Mali, Yulara, Aurora, Otaria, Morgana, Seulle, dan Mohammad Bhar tidak membawa rakyat Malaysia.
Sani Araby berkata dua rakyat Malaysia gagal dihubungi sejak intimidasi bermula iaitu Nurul Hidayah Mohd Amin atau Ardell Aryana di atas kapal Mikeno dan Razali Awang (Inana).
Mengulas lanjut, beliau berkata SNCC mendapat laporan sebanyak kira-kira 10 kapal tentera Israel dilaporkan melakukan intimidasi terhadap kapal misi GSF sejak 1.20 pagi tadi ketika flotilla itu berada di perairan antarabangsa iaitu 80 batu nautika dari Gaza.
“SNCC mengesahkan berlaku provokasi tentera rejim dengan menggunakan meriam air selain mengganggu dan menyekat semua akses komunikasi termasuk kamera litar tertutup (CCTV) serta siaran radio,” katanya.
Sani Araby berkata pasukan peguam Global Sumud Flotilla (GSF), yang melibatkan rangkaian peguam daripada 45 negara, kini berada dalam keadaan siap siaga berikutan perkembangan tersebut.
“Sekretariat GSF melantik The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel (ADALAH) sebagai wakil rasmi perundangan khususnya untuk delegasi Malaysia berdepan situasi soal siasatan dan tahanan,” katanya.
Sani Araby menyeru rakyat Malaysia untuk terus menjadi penguat semangat dan tidak terpengaruh dengan cubaan halus melemahkan barisan solidariti antarabangsa tersebut dengan mendapatkan fakta yang sahih.
Sebarang maklumat yang tidak sahih, katanya hanya memenangkan propaganda pihak Zionis dan akan membina naratif salah.
Beliau berkata bermula hari ini SNCC akan mengadakan sidang media sebanyak tiga kali sehari iaitu pada 10 pagi, 3 petang dan 9 malam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests