Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GURU BESAR DITAHAN LAGI DISYAKI LAKUKAN AMANG SEKSUAL

DALAM NEGARA

GURU BESAR DITAHAN LAGI DISYAKI LAKUKAN AMANG SEKSUAL

Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan amang seksual sekali lagi ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama di Kuala Nerus, Terengganu pada Februari lepas. 

Sumber: BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan amang seksual sekali lagi ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama di Kuala Nerus di sini, pada Februari lepas. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata polis menahan lelaki berusia 46 tahun itu pada 7.30 malam semalam di Tumpat, Kelantan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 14 tahun di sebuah sekolah tahfiz di Batu Rakit, Kuala Nerus kira-kira 9 malam Februari,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Azli berkata suspek yang memiliki rekod jenayah lampau kes seksual dan penganiayaan terhadap kanak-kanak ditahan reman lima hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pada Khamis lepas, lelaki itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan atas tujuh tuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki dan memiliki gambar lucah yang didakwa dilakukan sejak Jun 2024 hingga Ogos lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Anonymous

    15 October 2025 at 3:12 AM

    Nᴀᴍᴀᴘᴜɴ ᴅᴀʜ sᴇᴋᴏʟᴀʜ ᴘᴏɴᴅᴏᴋ sᴏ 100‰ ᴄᴏɴғɪʀᴍ ᴄɪᴋɢᴜ ɪᴛᴜ ʙᴇʀʙᴀɴɢsᴀ ᴍᴇʟᴀʏᴜ ᴅᴀɴ ᴊᴜɢᴀ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴜsᴛᴀᴢ ᴋᴀɴ ,,,OMG,,,😯😯😯 ᴍᴄᴍ ɴɪ ʏᴇ ɴᴀsɪʙ ʙᴀɪᴋ ɢᴜʏs,ɪᴍ ᴀ ʜ-ɴ-ʜ- ʙᴏʏ & ɪᴍ ʀᴇᴀʟʟʏ ᴘʀᴏᴡᴅ ᴛᴏ sᴀʏ ᴛʜɪs ᴏɴ ᴛʜɪs ᴛʏᴍᴇ

  2. Anonymous

    15 October 2025 at 3:12 AM

    Nᴀᴍᴀᴘᴜɴ ᴅᴀʜ sᴇᴋᴏʟᴀʜ ᴘᴏɴᴅᴏᴋ sᴏ 100‰ ᴄᴏɴғɪʀᴍ ᴄɪᴋɢᴜ ɪᴛᴜ ʙᴇʀʙᴀɴɢsᴀ ᴍᴇʟᴀʏᴜ ᴅᴀɴ ᴊᴜɢᴀ sᴇᴏʀᴀɴɢ ᴜsᴛᴀᴢ ᴋᴀɴ ,,,OMG,,,😯😯😯 ᴍᴄᴍ ɴɪ ʏᴇ ɴᴀsɪʙ ʙᴀɪᴋ ɢᴜʏs,ɪᴍ ᴀ ʜ-ɴ-ʜ- ʙᴏʏ & ɪᴍ ʀᴇᴀʟʟʏ ᴘʀᴏᴡᴅ ᴛᴏ sᴀʏ ᴛʜɪs ᴏɴ ᴛʜɪs ᴛʏᴍᴇ

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading