Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TUJUH KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KAMPUNG KOPUNGIT, DUA RUMAH ROSAK

DALAM NEGARA

TUJUH KEJADIAN TANAH RUNTUH DI KAMPUNG KOPUNGIT, DUA RUMAH ROSAK

Sebanyak tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Kopungit, Kepayan, Kota Kinabalu sejak semalam dan dua rumah mengalami kerosakan.

Sumber: JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Kopungit, Kepayan di sini sejak semalam dan dua rumah mengalami kerosakan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata pihaknya menerima laporan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kopungit mengenai situasi itu hari ini dan telah melakukan pemeriksaan bersama agensi-agensi terlibat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah mendapati struktur tanah di kawasan itu tidak stabil.

“Sekiranya keadaan cuaca hujan berterusan kawasan berisiko tinggi berlaku runtuhan susulan yang mengancam keselamatan penduduk.

“Pasukan bomba dan agensi terlibat telah mengarahkan dua keluarga untuk berpindah ke Balai Raya Kampung Kopungit.  Pemantauan berterusan dijalankan dan maklumat akan dikemas kini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Penduduk Mazlan Dullah, 37, menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan keluarga dan jiran-jiran di kawasan berkenaan dan setiap kali hujan penghantar barangan berasa risau.

“Kami tidak boleh tidur lena sejak kejadian tanah runtuh semalam. Setiap kali hujan, hati kami berdebar-debar kerana takut tanah runtuh lagi,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Rahmah Kitin, 45, seorang pembantu kedai memohon pihak berkuasa mencari penyelesaian jangka panjang, penduduk keberatan untuk berpindah kerana kawasan itu tanah warisan mereka. 

“Kami juga bukan orang senang, tidak mampu untuk pindah ke rumah baharu,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading