Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAJAH ASMAH, JEMAAH HAJI YANG DIUJI SAKIT PNEUMONIA MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL TANJUNG KARANG

DALAM NEGARA

HAJAH ASMAH, JEMAAH HAJI YANG DIUJI SAKIT PNEUMONIA MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL TANJUNG KARANG

Allahyarhamah Asmah Mansor, 72, yang merupakan jemaah haji musim 2025/1446H menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tanjung Karang, Selangor.

KUALA LUMPUR: Jemaah haji yang dibawa pulang ke Malaysia selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Saudi German Hospital di Makkah, meninggal dunia, petang tadi.

Allahyarhamah Asmah Mansor, 72, yang merupakan jemaah haji musim 2025/1446H menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tanjung Karang, Selangor.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, pemergian Allahyarhamah berlaku setelah segala ikhtiar perubatan terbaik yang diberikan oleh pasukan perubatan dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

“Walau beliau diuji dengan kesakitan yang berat, perjalanan terakhir Hajah Asmah pulang ke tanah air telah berlangsung dengan solidariti seluruh rakyat Malaysia.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhumah. Semoga mereka dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran atas kehilangan yang amat besar ini.

“Terima kasih sekali lagi buat rakyat Malaysia, membantu saya dalam misi membawa pulang Allahyarhamah. Sesungguhnya, usaha ini bukan sekadar misi membawa pulang, tetapi satu usaha bagi menyatukan keluarga yang telah terpisa , dan saya yakin ini yang menjadi kekuatan negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Asmah Mansor telah menerima rawatan intensif di Hospital Saudi German, di Makkah, selepas disahkan menghidap pneumonia, sejak 13 Sept lalu.

Mohd Na’im semasa memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan satu tabung bagi mengumpul dana untuk membawa pulang Asmah Mansor ke Malaysia.

Berkat usaha rakyat Malaysia serta kerajaan Malaysia, Asmah selamat dibawa pulang ke Malaysia pada 25 Nov lepas sebelum ditempatkan ke Hospital Putrajaya bagi menerima rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading