HAJI 2023: KEUTAMAAN DIBERI KEPADA JEMAAH TAHUN 2020 DIIKUTI TAHUN SETERUSNYA
KUALA LUMPUR: Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.
KUALA LUMPUR: Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.
Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ini disebabkan penangguhan ibadat haji untuk rakyat Malaysia akibat pandemik COVID-19 selama dua tahun dan mengikut konsep “Mendaftar Dahulu, Didahulukan” yang telah dilaksanakan sejak 1995.
“Pada setiap musim haji terdapat kekosongan yang disebabkan permohonan untuk menangguh giliran haji atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kekosongan ini akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau pertimbangan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan rayuan. Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan,” menurut kenyataan itu.
TH memaklumkan Kerajaan Arab Saudi kini giat membangunkan dua kota suci, Makkah dan Madinah bagi meningkatkan fasiliti dan kapasiti jemaah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah di masa akan datang.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan Visi 2030 Kerajaan Arab Saudi, jumlah jemaah haji disasarkan meningkat kepada 5.4 juta menjelang 2030.
“Oleh yang demikian, TH juga optimis jumlah jemaah haji negara akan meningkat dan ini akan membolehkan masa menunggu tunai haji dapat dipendekkan,” menurut TH.
Melalui sistem pendaftaran terbuka sedia ada, TH memaklumkan para pendeposit boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300 dan akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Setakat ini, seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
“Kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara. Buat masa ini, Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota haji rasmi dan syarat-syarat pemilihan bakal jemaah haji untuk musim haji 1444 Hijrah,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, TH komited menambah baik proses demi kepentingan pendeposit dan jemaah serta mengalu-alukan cadangan orang ramai bagi menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked