MISTERI PENEMUAN MAYAT WANITA MUNGKIN BERKAIT ORANG HILANG
Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan reput berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun, Ipoh semalam berkemungkinan besar adalah individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.
TELUK INTAN: Mayat seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan reput berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun, Ipoh semalam berkemungkinan besar adalah individu yang dilaporkan hilang sebelum ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan awal mendapati terdapat persamaan mangsa dengan individu yang dilaporkan hilang sebelum ini dan pihaknya masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan identiti.
“Siasatan juga menjurus kepada kebarangkalian mangsa telah dibunuh di tempat lain dan dicampak di situ jadi kita akan siasat lebih mendalam melalui satu pasukan khas yang telah ditubuhkan untuk kes ini.
“Kita akan siasat kenapa dia dibunuh dan lokasi sebenar dia dibunuh dan ia dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, ” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Angkat AMANITA PDRM Perak 2022 di Taman Pelangi dekat sini hari ini.
Pihak media difahamkan keluarga mangsa telah membuat pengecaman berdasarkan tatu pada tangan dan jari, telefon bimbit serta pakaian mangsa ketika dilaporkan hilang.
Wanita berusia 23 tahun itu kali terakhir dilihat semasa keluar bekerja di sebuah kilang di Jelapang dekat Ipoh, minggu lepas.
Semalam media melaporkan mayat wanita ditemukan dalam kawasan semak, selepas polis menerima maklumat mengenai sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang.
Anggota polis yang tiba untuk menjalankan siasatan mengenai kemalangan itu telah menjumpai mayat tersebut lebih kurang dua meter dari lokasi kejadian.
Terdahulu, Mohd Yusri berkata Taman Pelangi merupakan taman angkat kelapan AMANITA di Perak selepas Taman Sungai Rokam, Ipoh; Taman Wah Loon, Kampar; Taman Baru Jalong, Sungai Siput; Taman Fasa 2, Seri Manjung; Taman Gemilang, Seri Iskandar; Taman Chandan Puteri, Kuala Kangsar dan Taman Rakyat Kamunting, Taiping.
Seramai 1,320 pegawai dan anggota polis Kontinjen Perak terlibat dalam unit berkenaan membabitkan 186 pegawai kanan polis dan 1,134 anggota, katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked