Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung ‘teguran’ daripada baginda, semalam.
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung ‘teguran’ daripada baginda, semalam.
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
“Saya maklum dengan dukacita Tuanku Sultan Selangor tentang keputusan MFL (Liga Bolasepak Malaysia). Saya telah menghubungi pihak Istana Selangor semalam dan hari ini disusuli dengan warkah surat menghadap Tuanku Sultan Selangor.
“Jadi insya-Allah saya akan cuba selesaikan untuk beri penjelasan (mengenai isu yang berlaku ketika ini),” katanya selepas Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) di sini hari ini.
Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan MFL serta ahli FAM khususnya Hamidin, berhubung denda dikenakan terhadap Selangor FC kerana ketidakhadiran pasukan itu ke perlawanan Piala Sumbangsih pada 10 Mei.
Sultan Sharafuddin bertitah baginda amat murka dengan keputusan terbaharu MFL itu, yang dianggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.
Sementara itu, Hamidin mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Shahril Mokhtar, yang membuat keputusan mengejut dengan melepaskan kesemua jawatannya dalam FAM berkuat kuasa serta-merta, semalam.
Hamidin bagaimanapun memaklumkan tiada pelantikan segera bagi mengisi kekosongan jawatan Shahril, yang sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran, serta pengurus skuad bawah 23 tahun negara, kerana ia hanya boleh dilakukan pada kongres pemilihan FAM tahun hadapan.
Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Stuart Ramalingam memaklumkan pasukan Selangor FC boleh mengemukakan rayuan kepada badan induk itu, selepas dijatuhkan empat bentuk hukuman susulan tidak hadir pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor bulan lepas.
Beliau berkata Selangor FC mempunyai tempoh sehingga hujung minggu ini untuk menghantar surat rayuan rasmi, dan jumlah hukuman terhadap Selangor diputuskan Ahli Lembaga Pengarah MFL juga mungkin dikurangkan berdasarkan pertimbangan badan rayuan MFL.
MFL dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan Selangor FC dihukum antara lain didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super.
Mereka juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu, dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak serta perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.
Bagaimanapun, Selangor FC dalam satu kenyataan memaklumkan sedang meneliti serta mengkaji semua saluran bersesuaian, bagi mengambil tindakan seterusnya.
Selangor FC menjelaskan mereka memohon penangguhan perlawanan Piala Sumbangsih selepas kes serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei, dan beberapa lagi insiden lain yang melibatkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan tersebut ditolak.
Keputusan itu menyaksikan JDT diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi aksi Liga Super.
Pemotongan tiga mata menyaksikan Selangor yang kini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan mengumpul sembilan mata, akan jatuh ke posisi kelima.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager