Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LAPOR KEMATIAN KEEMPAT AKIBAT DEMAM NIL BARAT

DUNIA

ISRAEL LAPOR KEMATIAN KEEMPAT AKIBAT DEMAM NIL BARAT

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat wabak demam Nil Barat di Israel meningkat kepada empat orang, dengan satu lagi kes kematian baharu.

BAITULMUQADDIS: Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat wabak demam Nil Barat di Israel meningkat kepada empat orang, dengan satu lagi kes kematian baharu, kata Kementerian Kesihatan Israel pada Rabu, lapor Xinhua.

Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.

Kementerian itu juga melaporkan enam kes baharu jangkitan virus Nil Barat, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 48 kes sejak awal Mei. 

Daripada jumlah itu, 36 pesakit telah dimasukkan ke hospital, dengan lima pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada Selasa, kementerian perlindungan alam sekitar dan kesihatan Israel melaporkan bahawa nyamuk yang dijangkiti virus itu telah dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di luar Tel Aviv.

Virus itu yang kebanyakannya disebarkan melalui gigitan nyamuk, biasanya menyebabkan gejala seperti selesema termasuk sakit kepala, demam, dan sakit otot.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading