Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARAM GUNA ALAT RENJATAN ELEKTRIK UNTUK TANGKAP IKAN

DALAM NEGARA

HARAM GUNA ALAT RENJATAN ELEKTRIK UNTUK TANGKAP IKAN

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam penjelasan Al-Kafi #1489, penggunaan renjatan elektrik turut membunuh keseluruhan haiwan yang berhampiran dengannya. Ini termasuk haiwan yang tidak memberi keperluan kepada penangkapnya.

Foto : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Penggunaan alatan renjatan elektrik untuk menangkap ikan adalah diharamkan kerana memberi kemudharatan kepada ekosistem hidupan air dan menyebabkan kepupusan serta merosakkan hidupan air.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam penjelasan Al-Kafi #1489, penggunaan renjatan elektrik turut membunuh keseluruhan haiwan yang berhampiran dengannya. Ini termasuk haiwan yang tidak memberi keperluan kepada penangkapnya. Islam melarang umatnya membunuh haiwan tanpa keperluan, hal ini, merupakan satu pembaziran.

Hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Syarid RA, Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَتَلَ عُصْفُورًا عَبَثًا عَجَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ يَا رَبِّ إِنَّ فُلاَنًا قَتَلَنِي عَبَثًا وَلَمْ يَقْتُلْنِي لِمَنْفَعَةٍ

Maksudnya: Barangsiapa yang membunuh burung kecil tanpa sebab, ia akan mengadu kepada Allah SWT pada hari kiamat dan berkata: Wahai Tuhan, sesungguhnya si fulan telah membunuhku dnegan sia-sia tanpa sebab dan tidak membunuhku kerana sebarang manfaat.

Sunan al-Nasa’ie (4446)

Selain itu, penggunaannya adalah salah disisi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading