Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HARUSSANI KINI STABIL SELEPAS DISERANG STROK

DALAM NEGARA

HARUSSANI KINI STABIL SELEPAS DISERANG STROK

GAMBAR IHSAN: SINAR HARIAN

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kini dilaporkan stabil selepas diserang strok awal pagi semalam.

Lapor Harian Metro, Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata serangan angin ahmar itu memberi kesan kepada bahagian kanan badan Harussani dan kini beliau juga mengalami kesukaran untuk bercakap.

“Alhamdulillah, setakat ini Mufti Perak (Harussani) sedar cuma tidak boleh bercakap. Beliau diserang angin ahmar sebelah kanan kerana berlaku pendarahan di kepala.

“Beliau masih dalam pemantauan dan rawatan rapi daripada doktor di sebuah hospital swasta. Beliau memerlukan rehat dan kita tunggu perkembangan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Slim River, malam tadi.

Menurutnya, kejadian berlaku di rumah ketika Harussani bangun untuk menunaikan solat fardhu Subuh semalam dan badannya tidak selesa sebelum terus dikejarkan ke hospital.

Mohd Akmal juga meminta semua rakyat mendoakan kesihatan Harussani. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading