Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menghalang media daripada menyiarkan sebarang laporan berita.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia kerana melalui berita yang dilaporkan adakalanya dijadikan panduan pihak berwajib untuk mengambil tindakan susulan.
“Saya akui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain bagi menjamin kebebasan bersuara di negara ini.
“Menjadi harapan kerajaan agar golongan wartawan terus menyiarkan laporan yang adil dan proaktif dalam mengeluarkan cadangan bagi penyelesaian kepada sesuatu isu yang dibangkitkan,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Melaka hari ini.
Kerajaan juga katanya sentiasa mendengar dan prihatin terhadap laporan yang dibangkitkan oleh media.
Malah semua kementerian dan agensi kerajaan sentiasa memberi kerjasama kepada media dalam membantu memudahkan penyaluran maklumat yang seimbang, tepat, sahih dan memuaskan hati seluruh Keluarga Malaysia.
Tambahnya beliau yakin langkah ‘semak dan imbang’ terhadap setiap informasi yang diterima tetap menjadi amalan media bagi mengelak berlaku sebarang salah lapor yang boleh menjejaskan integriti dan kepercayaan terhadap media.
Sementara itu bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan negara, perdana menteri menyarankan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia.
“Pusat kajian ini boleh mengumpul data rujukan melibatkan semua bentuk kajian yang dilakukan ke arah memantapkan disiplin kewartawanan di Malaysia. Ia juga boleh melibatkan interaksi dengan pelbagai bidang kemasyarakatan lain merentasi konteks budaya yang berbeza.
“Saya berharap pusat tersebut dapat dimanfaatkan oleh golongan akademik dan penyelidik menjalankan kajian sejarah serta perjalanan bidang kewartawanan di Malaysia dan juga di Nusantara,” katanya.
Beliau turut mencadangkan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia itu diwujudkan di Melaka, dengan mengambil kira sejarah tempat bermulanya perkembangan dunia kewartawanan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked