Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JHEAIK SIASAT VIDEO BERKAITAN KHURAFAT DI GUNUNG JERAI

DALAM NEGARA

JHEAIK SIASAT VIDEO BERKAITAN KHURAFAT DI GUNUNG JERAI

JHEAIK amat memandang berat dan sedang menyiasat aduan atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

ALOR SETAR: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) sedang menyiasat satu video yang tular berkenaan amalan dikatakan khurafat dilakukan di atas Gunung Jerai, Yan baru-baru ini.

Pengarah JHEAIK Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata pihaknya telah menerima aduan daripada orang ramai berhubung video yang berdurasi selama satu minit itu.

“JHEAIK amat memandang berat dan sedang menyiasat aduan tersebut mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

“Dalam masa sama, JHEAIK melalui Bahagian Penyelidikan telah dan akan terus mengadakan siri penerangan di seluruh Kedah berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata JHEAIK akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat dan sentiasa memantau aktiviti keagamaan di seluruh negeri.

“Kita minta masyarakat sentiasa peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan.

“JHEAIK amat berharap golongan pendakwah dan asatizah di negeri ini menyampaikan ilmu berdasarkan fakta berpandukan sumber dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah dan berharap masyarakat di Kedah sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam menerima sebarang dakwaan berkaitan agama Islam,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading