Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HIMPUNAN SELAMATKAN MALAYSIA: POLIS SELESAI AMBIL KETERANGAN 11 INDIVIDU

DALAM NEGARA

HIMPUNAN SELAMATKAN MALAYSIA: POLIS SELESAI AMBIL KETERANGAN 11 INDIVIDU

Polis telah selesai mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu perhimpunan tanpa permit di ibu negara Sabtu lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis telah selesai mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan berhubung penganjuran satu perhimpunan tanpa permit di ibu negara Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata keterangan semua individu berkenaan direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 9 (5), Seksyen 4 (2) (b), Seksyen 4 (2) (e) (f) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya kepada Bernama hari ini.

Difahamkan 11 individu itu merupakan adalah antara 25 orang yang dikenal pasti bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan yang dikatakan tidak mematuhi AkataPerhimpunan Awam 2012 itu.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis telah mengenal pasti 25 individu dipercayai terlibat dalam perhimpunan jalanan itu bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Pada Sabtu, perhimpunan yang disertai kira-kira 800 peserta anjuran Pemuda Perikatan Nasional itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading