TIGA SEKELUARGA MAUT DALAM KEBAKARAN SEMPAT MAKAN MALAM BERSAMA
Tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran melibatkan lapan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda di sini awal pagi tadi sempat makan malam bersama keluarga di Bertam, Pulau Pinang sebelum tragedi itu.
SUNGAI PETANI: Tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran melibatkan lapan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Sungai Emas, Kota Kuala Muda di sini awal pagi tadi sempat makan malam bersama keluarga di Bertam, Pulau Pinang sebelum tragedi itu.
Saudara mangsa, Linda Yee, 48, berkata kebiasaannya sepupunya, Lee Chew Fong, 61, bersama suaminya, Lim Yang Kooi, 66, dan ibu mereka Yong Swee Lan, 92, akan bermalam di rumah mereka di Bertam, tetapi kali ini datang awal ke premis tersebut selepas makan malam.
Linda berkata difahamkan mereka datang awal ke premis itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan membuat persiapan berniaga di pasar pagi di situ.
“Keluarga sepupu saya ini tinggal di Bertam selepas membeli rumah di sana sejak setahun lepas, mereka hanya pulang ke rumah kedai itu untuk berniaga pakaian dan kelengkapan lain…ibu saudara saya pula sudah uzur dan bergerak menggunakan tongkat.
“Mereka kelihatan gembira ketika makan bersama anggota keluarga yang lain. Saya terima berita dalam pukul 6 pagi ini ada kebakaran di pekan Kota Kuala Muda…saya agak mungkin keluarga sendiri dan bila saya tengok alamat saya dah tahu,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, pemilik sebuah lagi premis yang terlibat kebakaran tersebut, Azizah Jaafar, 70, berkata dia terkejut apabila mengetahui kedainya turut musnah dalam kejadian itu.
“Kedai tersebut dibeli arwah suami saya kira-kira 20 tahun lepas dan disewakan kepada peniaga perabot dengan kadar RM400 sebulan.
“Terkejut juga bila tahu kedai terbakar, tetapi apa boleh buat…masa saya sampai api sedang marak membakar tingkat atas rumah kedai itu,” ujarnya.
Media hari ini melaporkan tiga rentung terlibat dalam kebakaran itu dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Awang Hidzel Awang Bujang mengesahkan bahawa mayat pertama ditemukan pada 3.19 pagi, manakala mayat kedua dijumpai pada 6 pagi dan bomba menemukan mayat ketiga pada 10.15 pagi. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked