Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HIMPUNAN ‘SELAMATKAN MALAYSIA’ TIDAK PATUH AKTA PERHIMPUNAN AMAN – KETUA POLIS KL

DALAM NEGARA

HIMPUNAN ‘SELAMATKAN MALAYSIA’ TIDAK PATUH AKTA PERHIMPUNAN AMAN – KETUA POLIS KL

Himpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang berlangsung hari ini di ibu negara, didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

KUALA LUMPUR: Himpunan ‘Selamatkan Malaysia’ yang berlangsung hari ini di ibu negara, didapati tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut dan melihat tindakan yang boleh diambil terhadap penganjuran himpunan itu.

“Perhimpunan (Himpunan ‘Selamatkan Malaysia’) ini satu perhimpunan yang tidak patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kita akan lihat kembali selepas ini apa tindakan susulan yang wajar boleh diambil,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya mengikut akta tersebut, untuk sesuatu perhimpunan diadakan terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan penganjur antaranya memberikan pemakluman kepada pihak berkuasa selain mendapat kebenaran pemilik tanah sebelum program dianjurkan.

Allaudeen berkata, kertas siasatan akan dibuka selepas pihaknya meneliti perkara-perkara berkaitan sebelum memutuskan tindakan susulan.

Tambahnya, dianggarkan seramai 800 hingga 850 peserta hadir dalam himpunan terbabit.

Himpunan bermula sekitar jam 1.15 petang di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum berakhir sekitar 3.30 petang di hadapan pusat beli belah Sogo. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading