Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JPNT SAHKAN KES PELAJAR SENIOR PUKUL JUNIOR, PUNCA MASIH DISIASAT

DALAM NEGARA

JPNT SAHKAN KES PELAJAR SENIOR PUKUL JUNIOR, PUNCA MASIH DISIASAT

Menurut Pengarah JPNT Abdul Muie Ngah, kejadian itu difahamkan membabitkan pelajar tingkatan dua yang memukul pelajar tingkatan satu selepas waktu persekolahan di dalam kawasan sekolah itu.

KUALA NERUS: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berkenaan pergaduhan melibatkan pelajar sekolah menengah di daerah ini, semalam.

Menurut Pengarah JPNT Abdul Muie Ngah, kejadian itu difahamkan membabitkan pelajar tingkatan dua yang memukul pelajar tingkatan satu selepas waktu persekolahan di dalam kawasan sekolah itu.

Katanya, sejurus kejadian, guru sekolah itu telah segera menghantar pelajar tersebut ke sebuah klinik bagi menerima rawatan.

“Punca kejadian pergaduhan itu masih disiasat secara terperinci.

“Buat masa ini, pihak sekolah mengambil langkah berjumpa keluarga mangsa dan jika mereka mahu membuat laporan polis, JPNT akan memberi kerjasama penuh,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan seorang pelajar sekolah menengah dibuli selain dipukul tiga pelajar lain di sebuah sekolah.

Video tersebut turut mendakwa mangsa ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading