Koon Yew Yin menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 12 Ogos lepas dan meminta maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas keceluparannya menghina mereka.
KUALA LUMPUR – Kecaman orang ramai akhirnya menyedarkan ahli perniagaan, Koon Yew Yin untuk meminta maaf kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas keceluparannya menghina anggota tentera yang sebelum ini disifatkan tiada kerja dan hanya makan-tidur sahaja.
“Saya menyesal dengan kenyataan itu tetapi bukan niat saya untuk
memfitnah atau merendah-rendahkan anggota tentera. Saya juga tidak berniat
untuk mencetuskan kekacauan.
“Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia dan sangat berterima kasih
terhadap kesetiaan dan dedikasi anggota tentera kita,” katanya dalam satu kenyataan
di laman blognya semalam.
Walaupun telah meminta maaf, anggota pasukan keselamatan negara mungkin
tidak dapat melupakan kata-kata penghinaan tersebut, apatah lagi ia dibuat pada
bulan kemerdekaan, di mana sepatutnya jasa dan pengorbanan mereka dikenang seluruh
warga atas nikmat kedamaian dan keamanan yang dikecapi kini.
Ternyata sewaktu menulis artikel tersebut, Yew Yin mendahulukan nafsunya melebihi akal warasnya sehingga sanggup mempertikaikan mereka yang telah banyak menabur bakti kepada negara. Setelah “waras”, barulah beliau sedar yang kata-katanya itu telah melukakan hati sesama warga.
Hal ini diakui sendiri oleh beliau yang mengakui bahawa sewaktu kecil
beliau pernah menyaksikan pengorbanan anggota tentera mempertahankan negara
ketika Perang Dunia Kedua.
Sekiranya pengalaman dan rasa hormat Yew Yin terhadap anggota tentera mendahului kemarahannya terhadap mereka, pasti Yew Yin tidak tergopoh-gapah mengeluarkan kenyataan menyakitkan itu.
“Amat bodoh apabila saya terlupa semua itu ketika saya menulis artikel
berkenaan. Memikirkannya semula sekarang, kata-kata tidak dapat menggambarkan
betapa menyesalnya saya.
“Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Saya juga akan memastikan semua
fakta saya tepat sebelum membuat sebarang komen lagi,” katanya.
Keterlanjuran Yew Yin yang mencarik perpaduan masyarakat berbilang kaum negara ini sepatutnya menjadi iktibar kepada masyarakat bahawa “terlajak kata buruk padahnya”.
Seribu maaf boleh dipinta untuk mengelakkan diri dari kecaman, namun perlulah difikirkan juga perasaan pihak yang menjadi mangsa sebelum sesuatu kata dituturkan untuk mengelakkan keadaan “laju mulut dari akal” berulang.
Namun begitu, sifat murni Yew Yin, atas alasan apa sekalipun, sanggup meminta maaf wajarlah dipuji berbanding mereka yang turut menghina perwira negara tetapi ego mengakui kesilapan diri.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Apakah permohonan maaf itu ikhlas atau terpaksa? Jangan lain dimulut lain dihati. Buktikan penyesalan itu ikhlas dan terbit dari lubuk hati. Kami rakyat Malaysia menunggu.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Mohd. Desa bin Din
16 August 2019 at 7:48 AM
Apakah permohonan maaf itu ikhlas atau terpaksa? Jangan lain dimulut lain dihati. Buktikan penyesalan itu ikhlas dan terbit dari lubuk hati. Kami rakyat Malaysia menunggu.