Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HOSPITAL SUNGAI BULOH ULAS CAJ URUS JENAZAH RM9,000

DALAM NEGARA

HOSPITAL SUNGAI BULOH ULAS CAJ URUS JENAZAH RM9,000

HSB hanya urus jenazah pesakit COVID-19 yang diambil dari wad hingga proses penyimpanan dan pengurusan. – Gambar hiasan.

SELANGOR: Bukan bidang kuasa pihak Hospital Sungai Buloh untuk mengenakan bayaran terhadap proses pengurusan jenazah yang meninggal dunia akibat virus COVID-19 atau bukan COVID-19.

Dalam satu kenyataan, Pengarahnya, Dr Kuldip Kaur A/P Prem Singh berkata, pihak hospital, khususnya Jabatan Forensik hanya bertanggungjawab terhadap proses pengambilan jenazah dari wad hingga ke tempat penyimpanan dan pengurusannya sahaja, termasuk jenazah bukan mangsa COVID-19.

“Pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.”

Dr Kuldip Kaur A/P Prem Singh, Pengarah Hospital Sungai Buloh

Jelas Dr Kuldip, waris si mati perlu berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Kenyataan oleh Pengarah Hospital Sungai Buloh malam ini.

Kenyataan oleh Hospital Sungai Buloh itu dikeluarkan malam ini susulan rakaman suara yang tular menerusi aplikasi Whatsapp tentang caj pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang mencecah sehingga RM9,000. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading