HUKUM ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN I-LESTARI DAN I-SINAR

KUALA LUMPUR: Hukum pembayaran zakat bagi pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui skim i-Lestari dan i-Sinar adalah wajib bagi individu mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung diri dan tanggungan.

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi mereka yang berkemampuan tetapi memilih melakukan pengeluaran  wang KWSP, zakat diwajibkan ke atas seluruh pengeluaran yang dilakukan.

“Ini kerana pengeluaran seumpama ini adalah atas dasar pilihan dan bukan atas darurat.

“Oleh itu, ia tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor,” jelas LZS dalam satu hebahan di laman media sosialnya.

Menurut LZS, berdasarkan fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun menyatakan bahawa zakat wajib ke atas jumlah KWSP yang dikeluarkan.

May be an image of text that says "LEMBAGA ZAKAT SELANGOR MV25 RINGKAS INFO HUKUM ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN KWSP MELALUI SKIM i-LESTARI i-SINAR Walau Berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan 55 ahawa dikeluarkan atasj umlah KWSP Oleh setiap KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar WAJIB dizakat berkaitan kewajipan Pergerakan diumumkan kegawatan ketetapan atas pengeluaran KWSP i-Lestari dan -Sinar: PENGELUARAN KWSP KERANA KETIADAAN ATAU TERJEJAS PENDAPATAN Pengeluaran i-Lestari atau -Sinar KWSP terpaksa PENGELUARAN KWSP TETAPI MEMPUNYAI YANG MAMPU TANGGUNGAN MENAMPUNG mampu menampung keperluanhdu tanggungan, TIDAK DIWAJIBKAN sekiran keadaan i-Sinar yang kan sumber keadaan sebegini. DIWAJIBKAN Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343 zakatselangor www.zakatselangor.com.my zakatTV@youtube"

Bagaimanapun, LZS memaklumkan zakat tidak diwajibkan bagi pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KWSP yang dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejas sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan akibat penularan COVID-19. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply