Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU, ANAK MAUT KERETA TERBABAS AKIBAT ELAK KERA

DALAM NEGARA

IBU, ANAK MAUT KERETA TERBABAS AKIBAT ELAK KERA

BALING: Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dipercayai ketika cuba mengelak kera melintas di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, kira-kira pukul 6.12 petang semalam.

BALING: Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dipercayai ketika cuba mengelak kera melintas di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, kira-kira pukul 6.12 petang semalam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa Siti Norhasliza Kamarudin, 26, yang beralamat di F30 Kampung Haji Ngah, Bedong, dan ibunya, Omi Kalsom Man, 69, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superitendan Charan Ai Wan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang dipandu suami mangsa, Mohd Fadzil Othman, 27, datang dari arah tempat rekreasi Sungai Sedim, Kulim menghala ke Bedong, Sungai Petani untuk pulang ke rumah.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, tiba-tiba seekor binatang yang dipercayai kera melintas dari kanan ke kiri jalan menyebabkan Mohd Fadzil cuba mengelak ke kiri jalan bagaimanapun hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan terbabas di kawasan semak.

“Akibat daripada kemalangan tersebut ke dua-dua mangsa telah tercampak keluar daripada kenderaan dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata ketika dihubungi hari ini.

Charan berkata, ketika kejadian isteri pemandu berada di bahagian penumpang hadapan manakala ibu mertuanya berada di bahagian belakang.

Manakala dua anak mangsa yang dikenali sebagai Lufiya Mikayla Mohd Fadzil, 2 dan Lufh Mikhael Mohd Fadzil, 3, serta Mohd Fadzil telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading