GAZA MULAKAN USAHA PEMVAKSINAN POLIO UNTUK KANAK-KANAK BAWAH 10 TAHUN
Kementerian Kesihatan Gaza melancarkan satu kempen pemvaksinan polio di selatan Semenanjung Gaza, yang secara spesifik menyasarkan kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
Seorang pekerja kesihatan memberi vaksin Polio kepada seorang kanak-kanak Palestin di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza– foto AFP
BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza melancarkan satu kempen pemvaksinan polio di selatan Semenanjung Gaza, yang secara spesifik menyasarkan kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
Menurut Agensi Anadolu (AA) , kempen itu yang bermula pada Sabtu di Khan Younis untuk memberikan vaksin kepada lebih 90 peratus kanak-kanak di seluruh Wilayah Gaza menjelang 12 Sept ini.
Usaha pemvaksinan ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) dimulakan di Hospital Nasser susulan satu sidang media bersama oleh organisasi berkenaan.
Majdi Duhair, Ketua Jawatankuasa Teknikal yang menyelia usaha pemvaksinan itu berkata kempen itu akan menumpukan tengah Gaza dari 1 hingga 4 Sept, diikuti Khan Younis dari 5 hingga 9 Sept dan akan berakhir di sini dan wilayah utara dari 9 hingga 12 Sept.
Kempen ini dilaksanakan di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang serius di Gaza dengan konflik dan sekatan yang berterusan mengakibatkan kekurangan makanan, air bersih dan bekalan ubat-ubatan yang akut.
Keadaan yang semakin buruk telah menimbulkan kebimbangan tentang potensi wabak penyakit, termasuk polio.
Desakan terhadap kempen ini ditekankan berikutan pengesahan kes polio pertama di Gaza yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 10 bulan, bulan lepas.
Pada 16 Ogos, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa supaya satu gencatan senjata tujuh hari dilaksanakan bagi membenarkan pemvaksinan 640,000 kanak-kanak, satu permintaan yang disokong UNRWA.
Kempen pemvaksinan polio ini berjalan di sebalik serangan berterusan tentera Israel di Gaza yang telah mengorbankan lebih 40,600 warga Palestin dan mencederakan lebih daripada 93,800 orang sejak 7 Okt. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked