Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU MENTERI PENDIDIKAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

IBU MENTERI PENDIDIKAN MENINGGAL DUNIA

Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.

Sumber gambar: Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina hari ini.

Menurutnya, jenazah kini berada di Hospital Serdang dan pihak keluarga akan memberi maklumat lanjut berkenaan urusan pengurusan jenazah dalam masa terdekat.

“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah Ustazah Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

“Sesungguhnya, Allahyarhamah seorang insan yang banyak berjasa kepada nusa, seorang pendidik bangsa, seorang aktivis masyarakat sejak zaman muda hingga akhir usianya,” katanya.

Pejabat Menteri Pendidikan turut merakamkan ucapan takziah kepada Fadhlina dan keluarga atas kehilangan ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading