Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

G7 SERU GENCATAN SENJATA GLOBAL SEMASA SUKAN OLIMPIK PARIS

DUNIA

G7 SERU GENCATAN SENJATA GLOBAL SEMASA SUKAN OLIMPIK PARIS

Tujuh negara perindustrian terkemuka dunia berkempen agar pihak-pihak bertelagah melaksanakan gencatan senjata semasa Sukan Olimpik musim panas ini di Paris.

BARI, ITALI: Tujuh negara perindustrian terkemuka dunia berkempen agar pihak-pihak bertelagah melaksanakan gencatan senjata semasa Sukan Olimpik musim panas ini di Paris.

Pada akhir sidang kemuncak ketua-ketua negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Sabtu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata seluruh anggota menyokong agar tiada peperangan semasa temasya itu, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).

Tuntutan ini juga termasuk dalam pengisytiharan rasmi akhir Sukan Olimpik Paris bermula pada 16 Julai dan berakhir pada 11 Ogos.

Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.

 Kumpulan itu terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Kanada.

“Ia adalah cadangan yang baik dan diterima sebulat suara,” kata pemimpin Itali itu.

Bagaimanapun, memandangkan banyak peperangan berlaku di Ukraine, Asia Barat dan kawasan lain di dunia, idea itu tidak dianggap mempunyai banyak peluang untuk berjaya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading