IBU TUNGGAL KUTIP BARANGAN TERPAKAI BESARKAN EMPAT ANAK
Berdepan pelbagai reaksi negatif termasuk herdikan kata-kata kesat ketika mengutip barangan terpakai tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, untuk meneruskan pekerjaan itu bagi membesarkan empat anak perempuannya.
Umi Nur Faizah yang mesra dipanggil Umi berkata dia terpaksa melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, jijik dan busuk itu sejak lebih lima tahun lepas di sekitar Kawasan Perindustrian Malim di sini menggunakan kereta sorong untuk mengangkut barangan terpakai yang dikutipnya.
Ibu tunggal Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, mengayuh kereta sorongnya yang dipenuhi dengan barangan terpakai yang telah dikutip untuk dijual ke kedai barangan terpakai. Sumber Gambar: BERNAMA
MELAKA: Berdepan pelbagai reaksi negatif termasuk herdikan kata-kata kesat ketika mengutip barangan terpakai tidak mematahkan semangat seorang ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi, 39, untuk meneruskan pekerjaan itu bagi membesarkan empat anak perempuannya.
Umi Nur Faizah yang mesra dipanggil Umi berkata dia terpaksa melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, jijik dan busuk itu sejak lebih lima tahun lepas di sekitar Kawasan Perindustrian Malim di sini menggunakan kereta sorong untuk mengangkut barangan terpakai yang dikutipnya.
“Biasalah manusia…ada yang kasihan bila melihat saya mengutip barangan terpakai, ada yang menghina sebabnya saya bergelumang dengan sampah.
“Itu semua terpaksa saya telan sehingga dah jadi perkara biasa bagi saya. Apa yang lebih penting adalah mencari rezeki untuk besarkan anak-anak,” katanya kepada Bernama di Malim di sini hari ini.
Umi berkata sepanjang Ramadan, dia akan mula mencari kotak bermula 8 pagi hingga 5 petang dan pendapatan yang diraih bergantung pada jenis barangan terpakai yang berjaya dikutipnya.
Menurutnya pendapatan yang diperoleh pernah hanya sekitar RM10 sahaja walaupun telah seharian bekerja namun pernah juga mencecah hingga RM100 lebih sehari jika bernasib baik mengutip besi, aluminium atau tembaga.
Umi berkata kedaifan hidup mereka sekeluarga ditempuhi dengan berlapang dada, sentiasa bersyukur dan mengutamakan keperluan berbanding nafsu atau keinginan.
“Cukup atau tidak pendapatan yang saya dapat sebulan, saya kena cukupkan juga. Kita jangan lihat atau bandingkan dengan kehidupan orang lain kerana sampai bila-bila pun tidak akan cukup.
“Saya bersyukur kerana anak-anak faham dengan apa yang mereka lalui dan tidak pernah meminta atau cerewet tentang makanan,” katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah RM50 sehari kecuali pada Ramadan.
Umi berkata dua anaknya yang berusia enam dan sembilan tahun sering menemaninya mengutip barangan terpakai manakala dua lagi yang berusia 13 dan 15 tahun terpaksa dihantar ke sebuah madrasah di Alor Gajah bagi memastikan mereka mendapat pendidikan dan perhatian yang lebih baik ekoran kesibukannya mencari rezeki.
Menurut Umi, keempat-empat anaknya menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM650 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan makanan bernilai RM200 daripada Majlis Agama Islam Melaka serta RM50 sebulan untuk tiga anaknya yang berusia sembilan, 13 dan 15 tahun.
Katanya dia sangat berhati-hati dengan perbelanjaan harian mereka bagi memastikan bantuan dan pendapatan yang diperoleh digunakan sebaiknya terutama membayar sewa rumah serta membeli barangan dapur.
Mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Umi berkata setakat ini dia belum dapat membeli pakaian baharu untuk anak-anak dan dirinya sebaiknya lebih mementingkan makanan dan keperluan harian mencukupi.
“Sedih memang sedih tetapi tiada pakaian baharu bukan bermakna tidak boleh berhari raya seperti orang lain, anak-anak saya faham keadaan mereka,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager