Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INDIVIDU LEMAS DI SUNGAI KLANG

DALAM NEGARA

INDIVIDU LEMAS DI SUNGAI KLANG

Pasukan bomba sedang giat mencari mangsa dikatakan lemas di Sungai Klang, berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Pasukan bomba sedang giat mencari mangsa dikatakan lemas di Sungai Klang, berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan, di sini hari ini.

Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang tadi.

Sejurus itu, pihaknya mengerahkan 33 anggota operasi dari Balai Bolis dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Pantai dan BBP Bukit Jalil termasuk beberapa jentera.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, mendapat maklumat dari pemanggil ternampak seorang mangsa telah lemas di dalam sungai tersebut. 

“Kerja pencarian bermula dari Sungai Klang berhampiran Stesen Monorel Tun Sambanthan sehingga Sungai Klang Batu 6 1⁄2 masih dilakukan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa setakat ini masih tidak dapat dikenal pasti.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading