Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGUNDI BUAT ‘LIVE’, DEDAH KERTAS UNDI POS DISIASAT

DALAM NEGARA

PENGUNDI BUAT ‘LIVE’, DEDAH KERTAS UNDI POS DISIASAT

Polis menyiasat tindakan dua individu dipercayai bersiaran secara langsung di media sosial serta mendedahkan kertas undi pos, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat tindakan dua individu dipercayai bersiaran secara langsung di media sosial serta mendedahkan kertas undi pos, semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata laporan dibuat seorang pegawai polis selepas melihat hantaran berkaitan kejadian di laman Twitter.

“Pengadu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melayari internet dan melihat gambar tangkap layar video seorang pengguna TikTok menggunakan nama ‘sifulife’.

“Gambar tangkap layar itu memaparkan seorang individu disyaki menjalankan proses undi pos sambil bersiaran di TikTok dan gambar itu kemudian dikongsikan di Twitter atas nama @injang_nation,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu pengadu turut mengesan satu lagi perbuatan sama oleh individu lain yang mendedahkan kandungan kertas undi pos menerusi akaun Tiktok ‘arielprimepicture_2nd’ termasuk nombor kertas undi.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 serta Seksyen 5(6) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading