Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Inkues Adib: Tiga saksi beri keterangan

DALAM NEGARA

Inkues Adib: Tiga saksi beri keterangan

Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM – Seramai tiga saksi dijangka akan memberi keterangan pada prosiding hari pertama Inkuiri kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang merupakan salah seorang Pegawai Pengendali Inkues berkata, tiga saksi tersebut adalah seorang pegawai polis yang menerima laporan mengenai kebakaran dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang, November lalu.

“Seorang lagi dua anggota bomba yang memandu Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) semasa kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya telah menyenaraikan tujuh saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat.

“Iya tujuh saksi. Tetapi bukan panggil semuanya hari ini,” katanya.

Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR
Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mengenai permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil dan 50 penganut Hindu untuk menjadi pihak-pihak berkepentingan, Zhafran mengesahkan rayuan yang difailkan kedua-dua pihak tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat lepas.

“Difahamkan mereka akan merayu di Mahkamah Rayuan, namun setakat ini kami belum menerima sebarang notis,” katanya.

Terdahulu, beberapa saksi terdiri daripada pihak bomba dan seorang lelaki dipercayai abang Muhammad Adib tiba di mahkamah jam 9.30 pagi. – SINAR ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading