KUALA LUMPUR: Institusi pondok dan pengajian Islam tradisional kekal penting sebagai teras pembangunan insan, namun perlu diperkasa dengan inovasi agar relevan dengan tuntutan zaman.
Oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasa pendidikan Islam melalui penggabungan tradisi keilmuan pondok dengan kemahiran moden seperti TVET, digital dan kecerdasan buatan (AI).
“Kita mahu lahirkan generasi alim di bidang agama dan pada masa sama mahir dalam teknologi. Inilah legasi para khalifah terdahulu yang menggabungkan warisan dengan kecanggihan demi kemaslahatan umat.
“Pendidikan Islam yang perkasa akan melahirkan Insan MADANI, membina Malaysia sebagai Negara MADANI, dan mengukuhkan aspirasi Islam Mekar Di Bumi Malaysia,” tegas beliau,” tegas beliau ketika berucap dalam Sesi Dialog Bersama Menteri di Program Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Machang, Kelantan.
Menurut Mohd Na’im antara inisiatif yang diketengahkan kerajaan ialah, Dasar Pendidikan Tahfiz Negara bagi pendidikan tahfiz holistik yang diiktiraf, Skim Pembiayaan Huffaz bernilai RM7 juta setahun.
Selain itu kerajaan turut mengerakkan inisiatif Program KAFA dengan peruntukan RM550 juta untuk 36,500 guru, Peruntukan SNT sebanyak RM150 juta bagi naik taraf kemudahan pondok dan tahfiz dan Elaun Guru Takmir berjumlah RM54 juta untuk 5,000 guru di seluruh negara.
Kerajaan juga telah menyalurkan RM11 juta bagi menyokong 133 institusi pondok di seluruh negara pada 2023 dan 2024.
Bagi memastikan kelestarian pendidikan Islam, perancangan masa hadapan merangkumi pembangunan profesionalisme tenaga pengajar, pengukuhan infrastruktur, pendigitalan pembelajaran, serta pengiktirafan rasmi program pengajian pondok.
“Pendidikan Islam yang perkasa akan melahirkan Insan MADANI, membina Malaysia sebagai Negara MADANI, dan mengukuhkan aspirasi Islam Mekar Di Bumi Malaysia,” tegas beliau.
Program Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Akademi NUNJI, serta dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. — AlHijrah Online