KES ZARA QAIRINA : SIASATAN TELUS, TIADA SIAPA DILINDUNGI – PM ANWAR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa.
Beliau berkata kes tersebut tidak boleh dipandang ringan, terutamanya memandangkan pelbagai dakwaan yang timbul termasuk mangsa terjatuh, ditolak serta dibuli.
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan secara telus tanpa melindungi sesiapa.
Beliau berkata kes tersebut tidak boleh dipandang ringan, terutamanya memandangkan pelbagai dakwaan yang timbul termasuk mangsa terjatuh, ditolak serta dibuli.
“Anak kita di Sabah meninggal dunia ada kata jatuh, ada kata tolak, ada kata sebab buli. Kita tidak pandang ringan dan kita tidak mahu ia dijadikan bahan politik.
“Arahan kita jelas tiada tolak ansur, tidak kira anak siapa sekalipun, anak menteri atau sesiapa sahaja, saya tidak peduli,” katanya pada Program Rancakkan MADANI Kelantan di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan siasatan dilaksanakan seadilnya.
“Saya tanya, apakah ada kesilapan (siasatan Zara Qairina) ? Kalau ada, ambil tindakan. Ini satu kematian, tidak kiralah anak orang miskin atau anak kaya, di gunung, di darat atau di laut, kita ambil tahu kerana siasatan mesti dijalankan secara telus. Saya sedih kerana ini mungkin anak atau cucu saya.
“Oleh kerana terdapat syak wasangka, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan supaya kubur digali semula untuk bedah siasat kedua.
Beliau berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar juga telah diarahkan turun ke Sabah bagi memantau sendiri siasatan agar tidak timbul persepsi pihak tertentu dilindungi.
“Ini kerajaan MADANI, kita tidak akan melindungi pembunuh,” katanya.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar itu susulan arahan AGC semalam.
Semalam, AGC dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.