Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Institusi keluarga berperanan tangani perubahan iklim: TPM

DALAM NEGARA

Institusi keluarga berperanan tangani perubahan iklim: TPM

Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata fenomena perubahan iklim ini banyak dipengaruhi oleh aktiviti manusia, sehubungan itu keluarga berperanan penting dalam membantu usaha dunia menanganinya.

Katanya keluarga diharap memberi perhatian kepada perubahan iklim yang turut memberi kesan kepada keluarga seperti penipisan lapisan ozon, pengeluaran karbon dioksida berlebihan, pengurangan kawasan hijau serta pencemaran air laut dan sungai.

Sinar Harian yang memetik laporan Bernama menyebutkan beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkata justeru kerajaan menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan terus memperkasa peranan keluarga dan komuniti dalam memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

“Menerusi Program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) yang telah diperkenalkan di 33 komuniti terpilih seluruh Malaysia, ia turut menggerakkan lapan domain intervensi, salah satunya berkaitan perumahan dan persekitaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya usaha tersebut selaras dengan matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030, sempena Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (HKA) yang diraikan pada setiap 15 Mei oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan tema Keluarga dan Tindakan Iklim.

Dr Wan Azizah berkata tema tersebut adalah selari dengan usaha kerajaan untuk membudayakan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan keluarga dan komuniti sekali gus dapat meningkatkan kelestarian penduduk dengan alam sekitar.

Sehubungan itu usaha penyebaran maklumat dan kesedaran juga perlu lebih banyak dilakukan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk kerajaan, pihak swasta, institusi pendidikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), tambahnya.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading