ISRAEL BUKAN LAGI RAKAN KONGSI PALESTIN DALAM PROSES DAMAI
“Jelas bahawa Israel mengabaikan resolusi undang-undang antarabangsa, dan memutuskan enggan menjadi rakan kongsi kami dalam proses damai,” kata Abbas dalam ucapannya pada Perbahasan Agung Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Jumaat berkata Israel memutuskan untuk tidak lagi menjadi rakan Palestin dalam proses damai, lapor Xinhua.
“Jelas bahawa Israel mengabaikan resolusi undang-undang antarabangsa, dan memutuskan enggan menjadi rakan kongsi kami dalam proses damai,” kata Abbas dalam ucapannya pada Perbahasan Agung Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau berkata Israel menjejaskan Perjanjian Oslo, yang ditandatangani dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan sengaja memusnahkan penyelesaian dua negara.
“Ini jelas membuktikan Israel tidak percaya kepada keamanan. Mereka percaya kepada mengenakan status quo menerusi kekerasan dan pencerobohan.
“Oleh itu, kami tidak lagi mempunyai rakan kongsi Israel untuk berbincang. Dengan ini Israel menamatkan hubungan kontraktualnya dengan kami,” kata Abbas.
Palestin tidak mahu menjadi satu-satunya pihak yang masih menghormati perjanjian yang telah ditandatanganinya dengan Israel pada 1993.
Kesepakatan itu tidak lagi sah kerana pencabulan berterusan Israel, katanya.
Presiden itu berkata menjadi hak dan kewajipan Palestin mencari kaedah lain bagi mendapatkan semula hak mereka untuk mencapai keamanan yang dibina atas nama keadilan, termasuk pelaksanaan resolusi yang diterima pakai kepimpinan mereka, khususnya parlimen Palestin.
Palestin juga akan memulakan proses untuk menyertai pertubuhan antarabangsa lain, katanya.
Abbas menyeru Setiausaha Agung PBB berusaha menghuraikan rancangan antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan di tanah Palestin bagi mencapai keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu, selaras dengan resolusi PBB dan Inisiatif Keamanan Arab.
“Palestin mendambakan keamanan. Marilah kita mewujudkannya demi kestabilan, dan kemakmuran untuk manfaat generasi kita serta semua rakyat di rantau ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests