Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada anggota badan di sebuah rumah di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini malam tadi.
SEREMBAN: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dengan kesan kecederaan pada anggota badan di sebuah rumah di Jalan Kedidi 7, Taman Paroi Jaya dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 70-an itu pada 8.25 malam.
“Siasatan mendapati beberapa barang peribadi milik wanita itu telah tiada dan mayatnya dihantar Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nanda berkata susulan itu, polis meminta seorang lelaki, Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, beralamat di Kampung Berkat Chembong, Rembau, Negeri Sembilan tampil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kejadian kepada Pegawai Penyiasat ASP Fauzan Azima Razak di talian 06-6033 222 dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.
Sementara itu, anak mangsa yang dikenali sebagai Asri, 49, berkata ketika kejadian bapanya yang berusia 82 tahun dan menghidap glaukoma sejak dua tahun lepas berada dalam sebuah bilik di rumah itu namun tidak mendengar insiden tersebut disebabkan keadaan rumah yang besar.
Asri berkata rumah berkenaan hanya didiami ibu dan bapanya dan bapanya turut memaklumkan ada seorang sepupu lelakinya datang ke rumah untuk meminjam wang.
Menurut Asri, lelaki tersebut pernah datang ke rumah itu dua kali dan beliau juga telah menasihati ibu serta bapanya untuk tidak memberikan duit kepada lelaki itu.
“Masa kejadian, ayah hairan sebab suasana rumah dah gelap tetapi tak buka lampu lagi… ayah minta tolong jiran untuk telefon saya kira-kira pukul 6 petang. Saya bergegas ke rumah emak dan sebaik sampai, didapati emak terbaring atas sofa dengan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Tak sangka sepupu datang lagi tanpa pengetahuan kami semua. Kejadian pemergian ini sangat kejam bagaimanapun saya reda dan biar polis ambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini.
Asri berkata beliau ada menelefon sepupunya itu namun panggilan tidak dijawab dan lelaki itu juga didapati tidak berada di rumahnya di Rembau.
Menurut Asri, jenazah ibunya akan disembahyangkan di Masjid Qaryah Paroi Jaya dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chembong, Rembau petang ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests