JAKIM DISYOR PERKENAL SKM PENDIDIKAN ISLAM UNTUK OKU
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah jabatan itu disyor supaya memperkenalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pendidikan Islam bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti pendengaran, penglihatan, pertuturan dan autisme.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (di bahagian tengah barisan bawah) menghadiri Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kali Keenam, di Keningau Sabah.
KENINGAU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah jabatan itu disyor supaya memperkenalkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pendidikan Islam bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) seperti pendengaran, penglihatan, pertuturan dan autisme.
Mengesyorkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata ia selaras dengan usaha JAKIM yang telah melancarkan aplikasi Glosari Islam (I-Sign) kepada golongan OKU pendengaran.
“Justeru, kejayaan ini perlu disusuli dengan menyediakan tenaga pengajar mahir untuk memenuhi keperluan pendidikan Islam bagi komuniti OKU. Ini adalah tanggungjawab kita bagi memenuhi keperluan fardu kifayah,” katanya berucap merasmikan Istiadat Konvokesyen Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) Kali Ke-16 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Datuk Saifulzaman Sangul.
Sehubungan itu, Idris turut mencadangkan IPDAS menjalin kerjasama dengan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebagai rakan industri bagi melaksanakan program tersebut memandangkan masjid berkenaan telah membuktikan kejayaan mengendalikan pendidikan Islam kepada anak-anak OKU sejak 2015.
Idris juga berharap fokus IPDAS tidak hanya tertumpu kepada pendidikan dalam bilik kuliah semata-mata sebaliknya aktiviti atau program pengajian sepanjang hayat perlu dikembangkan selaras dengan kehendak pihak berkepentingan dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Beliau berkata kemudahan Pembelajaran Jarak Jauh Dalam Talian dan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sewajarnya dimanfaatkan bagi membuka ruang seramai mungkin pelajar dewasa untuk mengikuti pendidikan Islam tahap tinggi.
“Tambahan pula kerajaan Sabah telah memperkenal Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hab, maka ada keperluan signifikan untuk IPDAS berperanan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang halal bagi melengkapkan ekosistem itu,” katanya.
Beliau berkata IPDAS perlu bergerak seiring gagasan Sabah Maju Jaya diperkenal kerajaan negeri yang antara lain menekankan aspek pembangunan modal insan dan ekonomi.
Sementara itu, Idris berkata pembangunan infrastruktur IPDAS melalui projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah diluluskan adalah bukti kerajaan amat serius untuk mengangkat agenda pendidikan agama, dan beliau yakin projek dijadual dimulakan pada awal tahun depan itu akan berjalan lancar melalui pengurusan berintegriti yang akan mengukuhkan lagi IPDAS sebagai PPT Jakim di persada negara.
Pada majlis istiadat konvokesyen itu, seramai 244 graduan berjaya menamatkan pengajian dengan 83 daripadanya merupakan graduan Diploma Dakwah Islamiyyah, 23 graduan Sijil Pengajian Islam manakala 138 graduan Sijil Asas Pengajian Islam Malaysia.
IPDAS telah melahirkan seramai 15,526 siswazah sejak 1979 hingga kini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager