Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL NAFIKAN AKSES BANYAK MISI BANTUAN YANG DIRANCANG KE UTARA GAZA – PBB

DUNIA

ISRAEL NAFIKAN AKSES BANYAK MISI BANTUAN YANG DIRANCANG KE UTARA GAZA – PBB

ISTANBUL: Israel telah menafikan akses kepada lebih separuh daripada misi yang dirancang oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, kata agensi itu pada Selasa.

Salah seorang pelarian Palestin selepas menerima bantuan kemanusiaan. – AFP

ISTANBUL: Israel telah menafikan akses kepada lebih separuh daripada misi yang dirancang oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan rakan kemanusiaannya untuk menyampaikan bantuan di utara Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, kata agensi itu pada Selasa.

Menerusi hantaran di platform X, UNRWA berkata sejak awal tahun 2024, 51 peratus daripada misi yang dirancang oleh agensi itu dan rakan kemanusiaannya dalam menyampaikan bantuan dan menjalankan penilaian ke kawasan di utara Gaza pada tahun ini telah dinafikan akses oleh pihak berkuasa Israel, lapor Agensi Anadolu.

“Keterjaminan makanan di utara Gaza telah mencapai keadaan yang sangat kritikal,” kata UNRWA.

Agensi itu berkata pada 17 Nov tahun lepas penduduk di utara wilayah itu berada “di ambang kebuluran.”

Serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas mengakibatkan kira-kira 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal manakala bilangan trak bantuan yang memasuki wilayah itu berkurangan berbanding sebelum konflik bermula. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading