“Keputusan untuk menangguhkan penghantaran ke utara Semenanjung Gaza itu satu yang sangat sukar kerana kami tahu ia akan memburukkan lagi keadaan di sana dan lebih ramai berisiko mati kelaparan.”
KUALA LUMPUR: Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini “semakin bahaya”, menggesa akses segera dan selamat untuk memastikan bantuan dapat disalurkan kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang kini di ambang kebuluran.
Dalam satu kenyataan, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata pihaknya terpaksa menghentikan penghantaran bantuan ke utara Gaza sehingga keadaan selamat.
“Keputusan untuk menangguhkan penghantaran ke utara Semenanjung Gaza itu satu yang sangat sukar kerana kami tahu ia akan memburukkan lagi keadaan di sana dan lebih ramai berisiko mati kelaparan,” menurut agensi itu pada Selasa.
Agensi itu komited untuk segera memberi bantuan kepada penduduk yang terdesak di seluruh wilayah yang dilanda perang itu, namun aspek keselamatan perlu diambil kira selain memastikan keselamatan penerima bantuan juga terjamin.
WFP berkata penghantaran bantuan ke utara Gaza telah disambung semula pada Ahad (18 Feb) selepas ditangguhkan selama tiga minggu berikutan serangan ke atas trak agensi bantuan Palestin PBB.
Namun pada Isnin, konvoi pertama dan kedua berdepan insiden yang tidak diingini apabila barangan bantuan kemanusiaan dirompak.
Agensi itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk memulakan semula penghantaran secepat mungkin, sambil menekankan bahawa keperluan yang paling mendesak ketika ini ialah untuk memastikan lebih banyak bahan makanan dapat masuk ke Gaza dari pelbagai laluan dan keperluan untuk membuka lintasan di utara Gaza.
“Sistem makluman yang berfungsi dan rangkaian komunikasi yang stabil juga diperlukan selain memudahkan keselamatan untuk kakitangan dan rakan kongsi kami serta penduduk tempatan.
“Gaza berada dalam situasi yang sangat kritikal dan WFP perlu bertindak dengan cepat untuk membantu ribuan orang yang sedang diancam kebuluran,” kata agensi itu.
Pada Disember PBB dan rakan kemanusiaan memberi amaran tentang risiko kebuluran bakal melanda utara Gaza menjelang Mei melainkan keadaan di sana ditangani segera.
Keadaan itu sangat genting terutamanya kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang baru melahirkan anak, dengan satu daripada enam kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan yang sangat serius.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests