Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL SEKAT BEKALAN MINYAK KE GAZA – PBB

DUNIA

ISRAEL SEKAT BEKALAN MINYAK KE GAZA – PBB

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.

Antara stesen minyak yang telah hancur dimusnahkan Israel di Gaza. – AFP

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.

“Pihak berkuasa Israel masih tidak membenarkan penghantaran minyak yang diperlukan kepada petugas kemanusiaan, oleh itu pengagihan makanan terjejas,” lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sementara itu, jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza.

Dujarric berkata bahawa “satu serangan berlaku 100 meter dari pusat operasi bantuan kemanusiaan dijalankan di Deir al-Balah.”

Beliau menegaskan meskipun berdepan situasi getir,  operasi bantuan kemanusiaan tetap diteruskan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading