Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TENTERA ISRAEL RAMPAS LEBIH BANYAK TANAH PALESTIN DI TEBING BARAT

DALAM NEGARA

TENTERA ISRAEL RAMPAS LEBIH BANYAK TANAH PALESTIN DI TEBING BARAT

RAMALLAH: Tentera Israel merampas lebih banyak tanah Palestin di barat Ramallah, di bahagian tengah Tebing Barat berhampiran penempatan haram sedia ada, lapor Agensi Andolu pada Selasa.

Antara kawasan penempatan yang didirikan Israel di Tebing Barat. – Foto / AFP

RAMALLAH: Tentera Israel merampas lebih banyak tanah Palestin di barat Ramallah, di bahagian tengah Tebing Barat berhampiran penempatan haram sedia ada, lapor Agensi Andolu pada Selasa.

Tentera Israel merampas 441,000 meter persegi tanah daripada rakyat Palestin di kampung Shabtin, Deir Ammar dan Deir Qaddis di barat Ramallah, menurut Wall and Settlement Resistance Commission dalam satu kenyataan.

Tindakan tentera Israel itu bertujuan merampas semua kawasan di sekitar penempatan Israel Nili dan Naale yang dibina di atas wilayah Palestin, menurut kenyataan itu.

Pada Jun, rakaman audio Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich untuk mengukuhkan kawalan Israel dan mencegah Tebing Barat daripada menjadi sebahagian daripada negara Palestin bocor.

Walaupun menerima kritikan antarabangsa terhadap pembinaan penempatan haram di atas tanah Palestin, kerajaan Israel telah mengambil beberapa langkah sejak beberapa bulan kebelakangan ini untuk mempercepatkan aktiviti penempatan haram di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading