Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUHAMMAD ADI DISANGKA HILANG, MENGINAP DI RUMAH KAWAN

DALAM NEGARA

MUHAMMAD ADI DISANGKA HILANG, MENGINAP DI RUMAH KAWAN

KUALA PILAH: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi di sini pada 12.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata Muhammad Adi Putra Yusri, 17, hanya menginap di rumah rakan yang terletak kira-kira 13 kilometer dari kediamannya.

“Pada 12.30 tengah malam, remaja itu telah balik ke rumah dalam keadaan selamat dan sihat. Sepanjang tempoh kehilanganya, dia tinggal di rumah rakan di Kampung Merual Seri Menanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media semalam melaporkan polis sedang mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 11 Julai lepas. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading