Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMANDU LORI DISERANG SAKIT JANTUNG, LANGGAR ENAM KENDERAAN, DUA MAUT

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI DISERANG SAKIT JANTUNG, LANGGAR ENAM KENDERAAN, DUA MAUT

Dua mangsa lelaki berusia 31 dan 53 tahun maut dengan seorang di lokasi kejadian dan seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

SEPANG: Seorang pemandu dipercayai mengalami serangan jantung sehingga lori dipandunya hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain menyebabkan dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Dugang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian jam 9.10 pagi itu dua mangsa lelaki berusia 31 dan 53 tahun maut dengan seorang di lokasi kejadian dan seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Menurutnya siasatan mendapati pemandu lori berusia 40 tahun itu dipercayai terkena serangan jantung menyebabkan lori yang dipandu dari arah Putrajaya menghala ke Jenderam itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Lori itu kemudiannya melanggar empat kereta dan dua motosikal yang berada di laluan tersebut”,”katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata pemandu lori tersebut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading