ISRAEL TEMBAK WANITA PALESTIN DI HEBRON

HEBRON: Seorang wanita Palestin ditembak dan cedera oleh tentera Israel di bandar Hebron di Tebing Barat hari ini, demikian menurut sumber polis Israel.

Agensi berita Anadolu memetik sumber polis melaporkan bahawa wanita itu didakwa cuba menikam seorang askar Israel berdekatan dengan Masjid Ibrahimi di bandar Hebron.

Wanita itu berada dalam keadaan kritikal, katanya.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan tentera rejim Israel. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply