Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI FILIPINA : ENAM MAUT, HAMPIR 200 LAGI CEDERA

DUNIA

GEMPA BUMI FILIPINA : ENAM MAUT, HAMPIR 200 LAGI CEDERA

HANOI : Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala hampir 200 lagi cedera dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 yang melanda wilayah Cotabato di selatan Pulau Mindanao, Filipina pada Selasa, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina, gegaran melanda di kawasan yang terletak 25 kilometer dari tenggara pekan Tulunan dengan kedalaman 7 kilometer.

Mark Timbal, jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC), berkata antara mangsa yang maut ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun.

Gempa bumi kuat itu dirasai di Kidapawancity, wilayah Sarangani, bandar Davao, Koronadalcity, bandar Cagayan de Oro, bandar General Santos, bandar Zamboanga dan wilayah Bukidnon.

Para pegawai melaporkan bahawa gegaran telah memutuskan bekalan elektrik di kebanyakan wilayah yang terjejas, menumbangkan tiang elektrik dan memecahkan kaca.

Pesakit di lima hospital dalam lokaliti yang terjejas telah dipindahkan atas alasan keselamatan, kata mereka.

Ia adalah gempa bumi yang kedua terkuat pernah menggegarkan wilayah Cotabato di pusat bandar wilayah Mindanao bulan ini.

Pekan Tulunan juga berada di pusat gempa bermagnitud 6.3 yang melanda wilayah itu pada 16 Okt. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading