Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISTERI MANGSA BUNUH DIREMAN, DIDAPATI POSITIF DADAH

DALAM NEGARA

ISTERI MANGSA BUNUH DIREMAN, DIDAPATI POSITIF DADAH

JOHOR BAHRU: Isteri kepada seorang lelaki yang meninggal dunia dengan kesan kelar di leher serta tikaman di rusuk kanan direman tujuh hari bermula hari ini hingga 9 April 2021.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata wanita berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil ujian air kencing ke atas wanita yang ditahan sejak semalam itu juga menunjukkan wanita itu positif dadah.

“Suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian hotline 07-2182323,” katanya memetik Harian Metro.

Dalam kejadian menyayat hati itu, mangsa ditemui terbaring di tepi jalan depan rumahnya.

Sebilah pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau ditemui polis tempat kejadian. — AlHijrah Online

KREDIT: HARIAN METRO


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading