Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAS TERBABAS DEKAT TEROWONG MENORA, 14 PENUMPANG CEDERA

DALAM NEGARA

BAS TERBABAS DEKAT TEROWONG MENORA, 14 PENUMPANG CEDERA

Sumber Gambar: Ihsan JBPM

IPOH: Sebuah bas ekspres yang membawa penumpang terbabas ke bahu jalan di kilometer 265, Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran Terowong Menora awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, seramai 14 penumpang cedera yang terdiri daripada 11 lelaki serta tiga perempuan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekitar jam 2.22 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang menghala dari Kulim ke Kuala Lumpur telah terbabas ke bahu jalan, tanpa melibatkan kenderaan lain.

Sumber Gambar: Ihsan JBPM

“Sepasukan anggota bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan memberi rawatan awal kepada mereka sebelum diserahkan kepada pihak ambulan bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambahnya, operasi menyelamat yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Shahrudi Muhamad Halil tamat pada 4.39 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading