SAJAT MASIH BERSEMBUNYI DI LUAR NEGARA

LANGKAWI: Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat masih bersembunyi di luar negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis sedang giat mengesan lokasi sebenar usahawan itu.

“Setakat ini belum ada perkembangan terbaharu dan dia masih bersembunyi di luar negara tapi kena ingat jerat tidak pernah melupakan pelanduk.

“Saya juga hairan ketika di luar negara pun dia masih mencuit hati orang ramai dan saya nasihatkan dia supaya balik dan pergilah mahkamah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Sebelum ini polis percaya usahawan kontroversi yang dikenakan yang sedang dikesan polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu bersembunyi di luar negara.

Muhammad Sajjad dicari pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan JAIS mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Dia dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak hadir sebutan semula kes berhubung dakwaan menghina agama Islam. — AlHijrah Online

Leave a Reply