ISTERI PEMAIN JDT SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN

SEBERANG JAYA: Isteri pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Syafiq Ahmad yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam, selamat menjalani pembedahan di bahagian perut di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim memaklumkan, menantunya, Nur Amalina Norain dalam keadaan stabil namun pihaknya masih menunggu keputusan dari pakar yang lain berhubung keadaan kesihatannya.

Tambahnya, Nur Amalina telah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap, selepas dia mengadu sakit di bahagian perut dan belakang badannya akibat kemalangan tersebut.

Ahmad berkata, Ahmad akan memindahkan isterinya dan anak sulung mereka, Aaira Nur Safiyya, 2 tahun, ke sebuah hospital swasta untuk rawatan lanjut.

Mengulas mengenai keadaan terkini Muhammad Syafiq pula, Ahmad memberitahu, emosi anaknya itu semakin stabil berbanding semalam dan dia sudah mula berkomunikasi seperti biasa hari ini.

Beliau berkata anaknya kelihatan bersemangat dan berada di HSJ untuk  untuk melawat isteri dan anaknya.

Syafiq memaklumkan kepadanya, isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik, dan setakat ini hanya dia sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam wad.

Terdahulu, dalam kejadian jam 4 pagi semalam, tiga termasuk anak Muhammad Syafiq yang baru berusia 22 hari maut, manakala tiga lagi cedera selepas Toyota Vellfire dipandu Muhammad Syafiq terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap.

Muhammad Syafiq dan anak perempuannya mengalami cedera ringan sahaja, namun isterinya yang sedang berpantang mengalami kecederaan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang peha kiri.—AlHijrah Online

Leave a Reply